Selepas ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’, Kini Ajaran Sesat Terbaru ‘Mimpi Lelaki Pakistan’ Pula Muncul

Menurut satu laporan yang diperolehi dari portal berita Sinar Harian, baru-baru ini muncul satu lagi bentuk ajaran sesat di Malaysia yang berpandukan ‘mimpi’.

Ajaran tersebut mengajak orang ramai untuk mempercayai seorang lelaki dari Pakistan menerusi mimpinya mengenai akhir zaman.

Dengan itu, secara ringkas ajaran ini hanya diberikan nama gelaran yang mudah iaitu ajaran ‘mimpi lelaki Pakistan’.

Berbanding dengan ajaran ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ (PMYT) yang satu ketika dahulu heboh kerana disebarkan menerusi platform media sosial, ajaran ini menggunakan pendekatan lebih ‘selamat’ kerana ianya tidak dihebahkan secara terang-terangan.

Hanya hantaran e-mel yang dibuat kepada individu tertentu dengan turut menyenaraikan beberapa pautan laman web untuk mereka layari bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Selain itu juga, terdapat kumpulan WhatsApp yang ditubuhkan dengan menambah nombor telefon secara rawak yang setakat ini telah disertai oleh lebih 230 orang.

Ajaran ‘mimpi lelaki Pakistan’ ini dibawakan oleh kumpulan yang dikenali sebagai Gerakan Akhir Zaman (GAZA) yang berasal dari Indonesia.

Kumpulan ini dikatakan sedang membuat persiapan untuk akhir zaman berdasarkan mimpi seorang lelaki Pakistan iaitu Muhammad Qasim Abdul Karim.

GAZA menyampaikan mimpi yang dialami oleh Muhammad Qasim tersebut secara berleluasa dengan menyatakan ar-Ru’yah ash-Shadaqiah sebagai khabar kenabian seperti yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.

Antara lain, Muhammad Qasim turut mendakwa telah bertemu dengan Allah, bertemu Rasulullah SAW sebanyak 300 kali namun tidak berani memandang baginda serta diberikan amanah oleh Allah untuk berkongsi mimpinya dengan orang ramai.

Muhammad Qasim juga didakwa pernah beberapa kali bermimpi bertemu dengan Dajjal serta dapat melihat Yakjuj dan Makjuj.

Menurut e-mel yang diterima, ajaran yang dibawakan oleh GAZA ini semakin popular di Indonesia dan ‘mimpi’ lelaki Pakistan ini juga semakin mendapat perhatian di seluruh dunia kerana banyak yang telah menjadi kenyataan.

GAZA kini dilaporkan juga sedang giat menjalankan safari dakwah di Indonesia dan sedang berusaha mempersiapkan tanah uzlah di Pakistan untuk memudahkan orang ramai berhijrah.

Mereka juga telah pergi ke Pakistan pada 2021 untuk bertemu sendiri dengan Muhammad Qasim dan telah menjadi semakin yakin dengannya.

Dikhabarkan juga, mereka pernah membuat sesi ‘Zoom Live’ di sana dan telah menjemput orang ramai, wartawan dan pakar agama untuk mengenali sendiri lelaki Pakistan ini.

Sinar Harian turut melaporkan, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, setakat ini pihak JAIS masih belum menerima sebarang aduan mengenai penyebaran ajaran sesat itu di Selangor.

Sumber: Sinar Harian

Apa pendapat anda? Sudah Baca, Jangan Lupa Memberi Komen, LIKE Dan SHARE YA Semoga Bermanfaaat Terima kasih!

TimesTodayPost menyajikan informasi sosial kemasyarakatan dan kebangsaan terkini. Video disini hanyalah sebagai referensi berbagai riset dan pengumpulan data seperti foto dan video dari berbagai sumber yang dikemaskini dalam bentuk entertainment. Kebenaran hanya milik Allah SWT.

الْحَقُّ مِنْ رَبِّكَ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْمُمْتَرِينَ

“Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu” (QS. al-Baqarah: 147)

Rasulullah ﷺ bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.” (HR. Al-Bukhari)

PERHATIAN: TimesTodayPost.com  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen Negatif yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen Negatif anda disini.

Pihak Admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About admin

Check Also

Gelang Ion Negatif – Fesyen Aksesori Perhiasan Diri, Benar-Benar Ajaib Atau ‘Scam’ Semata-Mata?

Pemakaian gelang sebagai fesyen & aksesori perhiasan diri memang tdk dinafikan dapat menyerlahkan lagi penampilan …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Recent Comments